soal jawab remaja (hrmetro)

Rindu ‘gila’
SAYA baru bekerja dan dikenali seorang yang tampan serta suka bergaya. Masalahnya saya tidak mempunyai keberanian menghampiri gadis yang membuatkan saya hampir gila kerana merinduinya. Saya sukakan gadis itu dan berusaha memilikinya kerana dia adalah cinta pertama saya.
Saya dapat rasakan gadis itu juga meminati saya. Kami selalu saling berpandangan tetapi kelu lidah untuk bertegur sapa dan berkenalan kerana takut dia tidak melayan saya. 
Saya derita memendam perasaan. Tolong saya Dr. 

jawapan

KATA orang, kalau takut mencuba, tidak akan dapat apa yang diinginkan. Betapa segaknya seorang lelaki, kalau takut mencuba, hilanglah sebahagian sifat lelakinya. Lebih baik hilang sifat kelelakian mencuba daripada hilang kerana langsung tidak mencuba. Sekurang-kurangnya kalau gadis pujaan hati tidak melayan, adik sudah mening
katkan tahap kelelakian melalui usaha mencuba. 

Hubungan adik dengan gadis itu seperti ingin menafikan perasaan sebenar yang dirasai. Mengapa perlu melarikan diri daripada ‘cinta’ apabila ia berada di depan mata? Dr melihat wujud masalah komunikasi dan sifat berterus terang antara adik dengan gadis itu.
 

Sekiranya adik dan gadis itu masih lagi bermain tarik tali dan tidak berterus terang, tindakan bermain-main mata pasti berterusan. Dr takut adik dan gadis itu lama kelamaan penat bermain mata dan beralih arah mencari pasangan lain.
 

Cinta itu sering kali lari apabila kita mencari, tetapi cinta juga sering kali dibiarkan pergi apabila ia menghampiri. Mengenai cinta, Mahatma Ghandi pernah berkata, ‘ada dua titis air mata mengalir di sebuah sungai. Satu titis air mata itu menyapa air mata yang satu lagi.
 

“Saya air mata seorang gadis yang mencintai seorang lelaki tetapi kehilangannya.” Siapa kamu pula? Jawab titis air mata kedua itu. “Saya air mata seorang lelaki yang menyesal membiarkan seorang gadis yang mencintai saya berlalu begitu saja.”
 

Dr berharap adik tidak menjadi seperti lelaki dalam titis air mata kedua itu. Selamat mencuba dan semoga berjaya menawan hati gadis pujaan.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...